アロハ・オエ - various artists lyrics
Loading...
suruhlah anak anakmu bersembahyang
sedari umurnya tujuh tahun
bimbing mereka lakukan kebaikan
hidup dan mati kerana tuhan
sembahyang itu tiang agama
ia mesti dilaksana
kerana ia rukun islam
tidak boleh diabaikan
fardhu sembahyang limalah waktu
tidak boleh ditunda
siang dan malam sudahlah tentu
di mana saja kita berada
anak-anak itu amanah allah
didik mereka dengan kasih sayang
setiap amanah akan ditanya
bagaimanakah kita menguruskannya
mereka umpama kain putih
jangan tersalah mewarnanya
ingat kembali madah terpilih
lenturkan buluh dari rebungnya
awal agama mengenal allah
tuhan yang maha pencipta
dialah tuhan yang wajib disembah
dialah tuhan tempat meminta
Random Song Lyrics :