lirikcinta.com
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

feat. m.nasir - malique lyrics

Loading...

masih belum sempurna
bismillahirrahmanirahim (oh)
malik al kudus sussalam

mentera beradu
mentera beradu
mentera beradu
dengan irama dan lagu

gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

kulitku tebal
ku bebal
ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang
hidup tak pernah lena
kuskizo para noya
takut pecah tembelang

pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

lidahku kaku tak selicik kuku
teman baik ku buku
bini ku pena
tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

ikut gerak hati
pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang
takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acah belakang parah

hunuskan keris
musuh ada pistol
tradisi kekalkan
adaptasi harus betul
tujuh baris keramat
tujuh garis penamat
baik berpada
biar jahat asal selamat
(ramai saudaraku yang baik telah dipijak)

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terk-mpul
semua gerak dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisi mu

ayo
ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi
peduli intrepitasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina
lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testa rosa
cita cita sosa
kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller costa

gah sentosa tiada penyesalan (eh tiada)
luas pandangan jauh dah berjalan (tiada penyesalan)
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang merancang kegagalan

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terk-mpul
semua gerak dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisi mu

kucing bawa tidur
rimau bawa ngigau
masuk tempat orang
bawa otak bukan pisau

naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat
dengar tiga miau
kucing bawa tidur
rimau bawa ngigau
masuk tempat orang
bawa otak bukan pisau

tolak pintu gua
tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga
sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga
tapi takkan boleh menang
menang dengan otak
tak mesti dengan pedang

sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura kura salah jawapan tok naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

muka sama hijau
hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali
bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

brraa
panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut
lompat atau paut
kalau lari mati
jika belok maut

awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terk-mpul
sumua gerak dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur disisi mu

puisi hati mu
hati mu puisi
palu hatiku
palu hatiku

hai
kulit tak bersalin
walau salin ganti baju
pandang sini pandang sinis
ku berbahasa baku
kata kata nahu
himpun jadi satu
mentera beradu dengan irama dan lagu

akhirnya sempurna

Random Song Lyrics :

Popular

Loading...