aku tak peduli - el-jahhh lyrics
aku ludah kalau tak kena citarasa
baca berita terkini rasa macam buang masa
politik semasa dah serupa lawak hambar
yang dah banyak makan rasuah pun masih lagi lapar
pasca pembangunan pemikiran kekal sama
macam dalam filem hidup penuh dengan drama
ada yang lupa diri sebab kerja nama
dah terlupa pangkat dan nama tidak kekal lama
jalan hidup sehala ramai songsang
nak maju ke depan mesti tikam belakang
memang jadi lumrah di belantara kotaraya
harus pandai cari makan bila lapar cari mangsa
macam teka silang kata kau jadi keliru
ramai ahli silap mata kau mudah ditipu
setiap orang punya agenda masing masing
hidup bagaikan putaran roda penuh kaki pusing
dunia penuh dengan peraturan
tak gempak dalam industri hiburan
tak semua orang beri perhatian
katakanlah apa saja sebab memang
aku tak peduli
mahu capai mimpi sebelum lena dalam kematian
bangkit dari tidur masih mengejar impian
masih terus rap depan mikrofon meroyan
letak lagu dalam youtube walau orang taknak layan
apa yang ku teliti mentaliti majoriti
buat publisiti bodoh cari populariti
dunia hujung jari sudah sebegitu mudah
maruah anak muda digadaikan dengan harga murah
sumpah! media sosial penuh dengan juri
yang berani sembunyi belakang papan kekunci
bila aku suarakan pendapat ramai tak tenteram
macam tengok video sajat joget dengan seluar dalam
perah otak tulis lirik orang tak baca
tak faham mesej dalam muzik masih angguk kepala
asalkan ada flow walau rhyme tak seberapa
ramai yang popular bukan sebab bakat tapi rupa
dunia penuh dengan peraturan
tak gempak dalam industri hiburan
tak semua orang beri perhatian
katakanlah apa saja sebab memang
aku tak peduli
ini soal penyampaian bukan pemakaian
bangun dari katil keluar cari rangkaian
tak pakai jam tangan emas masih tak buang masa
tak kejarkan rooftop aku mahu ke angkasa
berg-ya oldschool bukan casanova
ramai yang gelar diri bintang aku supernova
aku tak makan dek puji tak mati dek caci
dah dimaki dan dikeji masih aku tak peduli
ramai guna orang dalam sebab tak jumpa pintu
takde cable aku masih kukuh macam tiang lampu
kroni silang panggung kerja banyak wayang
bersifat pilih kasih sebab kurang kasih sayang
aku jenis yang langgar lampu trafik sesuka hati
kencing pada dinding bertukar jadi corak grafiti
muntah isi hati lirik macam peluru
ludah flow atas mikrofon jadi lagu
dunia penuh dengan peraturan
tak gempak dalam industri hiburan
tak semua orang beri perhatian
katakanlah apa saja sebab memang
aku tak peduli
Random Song Lyrics :
- neverland - zariusxx lyrics
- marauders - starlight ritual lyrics
- contagion model - e [zedek / sanford / mccarthy] lyrics
- take me home - boondock kingz lyrics
- hard work - the2guysmusic lyrics
- i - binny lyrics
- what residue do you leave - alkahest lyrics
- прячь себя (hide yourself) - c1ndy k1d lyrics
- la verdad es que sí - lmt (méxico) lyrics
- stardust speedway - cyborg9k lyrics