lirikcinta.com
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 #

sabarlah - altimet feat. amir jahari lyrics

Loading...

akak bukan taknak bayar
tapi saya harap pihak akak boleh sabar
bagi saya beli makan dulu kami lapar

ini serius cakap bukan nak lawak hambar
kalau akak nak potong baiklah potong
minta maaf macam aidilfitri kosong kosong
tapi kalau akak boleh tolong, tolong tolong
dah bertahun saya melanggan saya sokong
kalau takde khidmat syarikat ini tak mati
hidup tetap hidup susah sikit sakit hati
kesian akak kerja kejar kami hari hari
call nombor ini lagi
saya takkan lari
saya janji

pernah ku rasa susah begini
hadapi semua penuh sabar
cintai dirimu sendiri dulu
baru kau rasa cinta darinya
sabarlah
sedikit saja

mama aku lihat kamu
jual kuih cari makan demi anakmu
3 budak nakal adik adik campur aku
seluar sekolah senteng beli baru tak mampu
sedih perit semua kamu simpan dalam hati
garang marah capai rotan kami 3 lari
belit bakul bakul berkati kati
tapi kamu contoh belajar kami berdikari
andai kata esok lusa aku takde lagu
mana tahu esok lusa nama dah tak laku
aku boleh mula usaha lain hidup baru
tunjuk ajar aku punya sifu mama aku

pernah ku rasa susah begini
hadapi semua penuh sabar
cintai dirimu sendiri dulu
baru kau rasa cinta darinya
sabarlah
sedikit saja

berikan aku kekuatan
nak berhadapan dengan tekanan
dan tangankan ujian yabg telah kau kurniakan
yang telah kau kurniakan
jangan kurangkan bebanan
tapi tingkatkan ketabahan dan kesabaran
aku janji akan aku akalkan
akan ku akalkan

pernah ku rasa susah begini
hadapi semua penuh sabar
cintai dirimu sendiri dulu
baru kau rasa cinta darinya
sabarlah
sedikit saja

bersabarlah
bersabarlah
sedikit saja

Random Song Lyrics :

Popular

Loading...